Tuesday, April 23, 2019

TIPS PENJAGAAN KULIT KOMBINASI.


Ramai sebenarnya yang masih keliru dengan jenis kulit wajah sendiri, sama ada kering ataupun berminyak. Cara paling mudah adalah dengan mencuci wajah dan biarkan selama 15 minit tanpa memakai apa apa. Jika bahagian T-zone mula berminyak dan bahagian pipi terasa kering, maka anda mempuyai kulit wajah kombinasi. Berikut adalah cara penjagaan untuk kulit kombinasi, antaranya;

        i.            Guna pencuci muka yang sesuai.
Pilihlah pencuci muka yang lembut dan ringan serta berbahan dasar air. Facial wash dengan label soap-free juga boleh dijadikan pilihan.

      ii.            Pemilihan pelembap muka yang sesuai untuk bahagian kulit muka.
Untuk kulit kombinasi, pelembap biasanya akan membuat bahagian T-zone terasa kesat dan kering, sedangkan terasa lembap di bahagian pipi. Ada dua cara yang dapat anda boleh lakukan. Anda boleh menggunakan dua pelembap sekaligus.
Pilih pelembap oil-free untuk bahagian T-zone dan gunakan pelembap yang berlabel moisturizing di bahagian pipi. Cara kedua yang lebih senang, pilihlah pelembap berbahan dasar air yang dapat anda gunakan untuk seluruh wajah.

  iii.            Penggunaan masker yang betul.
Wajah terasa kering tapi juga memiliki jerawat di beberapa bahagian? Hal ini memang sering terjadi pada mereka yang memiliki kulit kombinasi. Cara paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan dua masker secara bersamaan.
Pilih masker untuk kulit berminyak atau berjerawat di bagian T-zone dan pilih masker yang dapat melembapkan atau menghidrasi di bahagian yang terasa kering seperti pipi.



#schadabeautyspa #bridaljb #spajb #spamuslimahjb # salonjb #salonmuslimahjb #jbsalon #salonbbu

Monday, April 22, 2019

TIPS PENJAGAAN MUKA UNTUK KULIT MUKA KERING


Kulit wajah yang kenyal, dengan tekstur lembut, lembap dan sihat menjadi dambaan semua orang. Kulit wajah kering dan kusam akan mengganggu penampilan dan mengurangkan rasa keyakinan diri. Berikut adalah cara cara untuk mengatasi kulit muka kering, antaranya ;

        i.            Lebihkan buahan dan sayuran
Buah dan sayur mengandungi kandungan anti oksidanyang mampu mengawal  radikal bebas. Dengan meningkatkan pegambilan buahan dan sayuran, kulit muka akan kelihatan lebih cantik dan sihat. Tubuh badan juga akan lebih fit dan sihat.
                        
      ii.            Minum air putih yang mencukupi setiap hari.
Minum air putih sekurang kurangnya  8 gelas sehari,ia dapat membantu mengeuarkan toksin dalam badan. Pengambilan air yang cukup akan membantu tubuh badan terhindar dari dehidrasi yang juga menyebabkan kuit wajah menjadi kering dan kusam.

    iii.            Elakkan menggosok muka terlalu kuat.
Gerakan tangan yang terlalu kasar ketika membersihkan muka akan membuatkan kulit muka teriritasi dan terkopek.

     iv.            Cuci muka dengan sabun muka.
Gunakan sabun muka yang khusus untuk muka. Jangan gunakan sabun mandi sebagai pencuci muka. Ini kerana, sabun mandi mempunyai ph yang sangat biasa dan ini akan menyebabkan kulit muka terlihat kusam.

       v.            Pakai pelembap muka setiap hari.
Pemakaian pelembap muka amat penting untuk orang yang memounyai kulit muka yang kering. Guna pelembap muka yang mengandungi bahan bahan semulajadi seperti timun ataupun aloevera.

Image result for kulit wajah kering

#schadabeautyspa #bridaljb #spajb #spamuslimahjb # salonjb #salonmuslimahjb #jbsalon #salonbbu

Tips penjagaan kulit wajah berminyak.



Mempunyai kulit wajah yang berminyak memang merimaskan kerana kulit wajah lebih cenderung untuk timbul jerawat dan solekan atau make up yg digunakan tidak tahan lama. Berikut adalah beberapa contoh dan cara untuk mengatasi kulit wajah berminyak, antaranya ;

         i.            Cuci muka sekurang kurangnya 3 kali sehari, menggunakan pembersih muka yang sesuai dengan  kulit muka anda.
       ii.            Gunakan produk kecantikan wajah yang bebas kimia dan organic agar kulit muka lebih sihat dan cantik tanpa bahan kimia.
      iii.            Buat dan pakai masker muka daripada putih telur dan coklat. Coklat mengandungi anti oksidan yang tinggi dan mencegah jerawat yang diakibatkan oleh kulit berminyak.
     iv.            Lakukan terapi ais batu dan potong nipis timun serta gosokan ke bahagian wajah untuk mendapatkan wajah yang segar dan dapat mengatasi lebihan minyak pada wajah. Dinginnya ais batu dan timun dapat mengecilkan pori pori kulit.
       v.            Wajib menggunakan krim pelembap wajah serta banyakkan minum air masak kerana ia dapat mengawal kadar minyak berlebihan.
     vi.            Hindari makan makanan yg berminyak dan lebihkan makan buah buahan dan sayur sayuran agar kulit wajah lebih sihat.



#schadabeautyspa #bridaljb #spajb #spamuslimahjb # salonjb #salonmuslimahjb #jbsalon #salonbbu

Thursday, April 18, 2019

KELEBIHAN BERBEKAM UNTUK KESIHATAN



Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit serta dapat menyahkan toksin dalam badan. Antara kelebihan berbekam adalah ;
         i.            Membantu menghilangkan pening dan migrain.
       ii.            Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
      iii.            Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
     iv.            Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
       v.            Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
     vi.            Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat



Wednesday, April 17, 2019

KENAPA WANITA PERLU WAXING BERBANDING MENCUKUR???


Waxing merupakan proses pencabutan bulu rambut yang ada di kulit, seperti bulu di sekitar ketiak, tangan, kaki, atau miss V. Istilah waxing sudah tak asing didengar. Banyak kaum wanita yang secara rutin melakukan waxing di area tubuh tertentu untuk mendapatkan kulit yang lebih mulus dan bebas dari bulu. Berikut adalah kelebihan waxing berbanding mencukur, antaranya ;

        i.            Memperlambat Pertumbuhan Bulu.
Waxing dapat memperlambatkan proses pertumbuhan bulu baru. Ini kerana, waxing dapat menarik bulu hingga ke akar. Dan kulit akan terlihat halus tanpa bulu dalam waktu yang lebih lama daripada mencukur.

      ii.            Mencegah Tumbuhnya Rambut di Dalam Kulit.
Mencukur bulu dapat mengakibatkan tumbuhnya rambut di dalam kulit. Berbeza jika melakukan waxing. Dengan melakukan waxing, bulu akan tercabut dari akarnya, sedangkan dengan mencukurnya, rambut akan tetap ada dan akan tertutup oleh kulit sehingga mengakibatkan bulu tumbuh di dalam kulit.

    iii.            Menghindari Luka Akibat Alat Cukur.
Mencukur mengakibatkan luka kerana menggunakan alat cukur yang tajam. Manakala waxing mencabut bulu tanpa menggunakan alat yang tajam seperti alat cukur. Walaupun akan terasa sakit, tapi sakitnya hanya akan terasa beberapa saat sahaja.

     iv.            Mencegah Gatal Kerana Rambut Pendek Yang Tumbuh Setelah Dicukur.
Mencukur bulu dapat mengakibatkan pertumbuhan bulu lebih cepat. Setelah dicukur rambut-rambut pendek akan tumbuh dengan cepat dan menimbulkan perasaan tak selesa serta gatal tak tertahan. Tetapi dengan waxing, dapat mencegah munculnya rambut pendek setelah dicukur, sehingga tidak akan menimbulkan perasaan tak selesa dan gatal pada kulit.




#waxingjb #spajb #spamuslimahjb #salonjb #salonsingapore #spasingapore #rebondingjb #facialjb #manicurejb #salunjb #salonmuslimahjb #bridaljb #schadabeautyspa #salonbbu #spabbu #bekammukajb

Thursday, April 11, 2019

Kursus- kursus yang di tawarkan di Schada Beauty & Spa


\
KURSUS - KURSUS YANG DI TAWARKAN DI SCHADA BEAUTY & SPA.





1) BB GLOW KOREAN FACIAL

2.ADVANCE BB GLOW PEARL + BLUSH ON BARBIE

3) CC GLOW TREATMENT

4) NEEDLELESS PDO THREAD LIFT

5) DERMAPEN MICRONEEDLING

6) V SHAPE MUMMY MASK + LIFTING TREATMENT

7) EYELASH PERMING

8) ADVANCE MOBILE SPA 

9) GUNTINGAN RAMBUT WANITA 


Sila whatsapp ke no 6019 8196019 untuk info lanjut dan pendaftaran kursus.

Sila whatsapp ke no 6019 8196019 untuk info lanjut dan pendaftaran kursus.

Sila whatsapp ke no 6019 8196019 untuk info lanjut dan pendaftaran kursus.


Tebus rawatan kuku (manicure express ) secara PERCUMA

TEBUS RAWATAN MANICURE EXPRESS PERCUMA   Sila whatsapp maklumat diri anda  +6019- 8196019 untuk menebus rawatan manicure express secara...