Seringkali kita mengabaikan kesihatan pada kuku kita sendiri. Bahkan tidak peduli pada tanda-tanda kecil yang ditunjukkan melalui kuku.Kita lebih cenderung fokus pada kesihatan bahagian tubuh yang lain dimana mungkin lebih nampak dan lebih terserlah. Namun, bertentangan dengan apa yang selama ini anda fikirkan. Bahagian kuku tangan dan kuku kaki ternyata dapat menunjukkan banyak perkara penting tentang kesihatan tubuh kita dari masa ke semasa, Permulaan daripada menunjukkan terlalu banyak warna seperti kekuningan, retakan, benjolan yang berlebihan, dan beberapa indikator lain yang ditunjukkan pada kuku.
1. Kuku kebiru-biruan
Kuku berwarna biru dapat menjadi indikasi jika penyampaian oksigen dalam tubuh anda sedang menurun. Kuku jari menjadi biru diakibatkan oleh rendahnya kadar atau kekurangan pelancaran oksigen dalam sel darah merah anda. Hal ini terjadi ketika anda tidak dapat oksigen yang cukup dalam darah anda. Ia menyebabkan kulit atau membran di bawah kulit anda berubah warna menjadi biru keungu-unguan.
Suhu dingin juga dapat menyebabkan kuku anda berubah menjadi biru. Hal ini kerana suhu dingin memaksa pembuluh darah dalam badan untuk bekerja lebih cepat. Saluran darah menjadi sempit dan menyukarkan darah membawa hemoglobin yang kaya dengan oksigen untuk disalurkan ke kuku anda.
Bagaimanapun, jika kuku berubah menjadi warna biru mungkin anda mengalami sesuatu penyakit atau struktur abnormal yang mengganggu kemampuan tubuh untuk menghantar sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan.
2. Bintk Putih Pada Kuku
Tubuh kita menyimpan pelbagai rahsia, salah satunya garis putih yang ada pada kuku jari kita. Ada yang mengatakan bahawa garis putih di kuku ini memiliki mitos iaitu garis ada di kuku tangan sebelah kanan, ada yang menyukai kita, sedangkan jika garis putih ada di kuku jari kiri, maka bermaksud ada yang tidak suka pada kita. Selain mitos tadi, garis putih yang muncul di kuku sebenarnya disebabkan kita kekurangan beberapa zat gizi, seperti vitamin, kalsium, atau zinc.
Garis Putih Juga Bisa Menjadi Tanda Penyakit Tertentu
"Leukonychia" atau garis putih kebiasaannya lebih banyak muncul di kuku jari tangan dibandingkan kuku jari kaki. Jika anda pernah melihat adanya garis putih di kuku jari, biasanya garis hanya ada satu atau dua di setiap kuku.Tapi jika anda melihat ada banyak garis putih yang muncul di kuku jari, hal ini boleh saja menandakan suatu keadaan penyakit yang lebih serius. Keadaan penyakit tersebut membuatkan penurunan fungsi ginjal, anemia atau diabetes, dan sebaiknya segera mendapatkan pandangan dan konsultasi oleh pakar
Garis putih yang terdapat pada kuku jari kita sebenarnya ada pelbagai jenis yang menandakan keadaan penyakit tertentu. Leukonychia totalis adalah saat garis putih muncul di seluruh bahagian kuku jari, yang menandakan keadaan tubuh kekurangan albumin.
Albumin adalah segala jenis protein yang larut dalam air atau garam pada tubuh badan manusia. Albumin diproduksi dalam hati. Kekurangan albumin menandakan tubuh anda mengalami kesulitan menyerap protein daripada makanan. Leukonychia partialis, iaitu pemutihan kuku yang berbentuk titik-titik dan terdapat tiga jenis, iaitu belang-belang, melintang, atau membujur yang muncul di bahagian atas kuku.
Yang terakhir adalah leukonychia punctata, iaitu jenis garis putih di kuku yang paling sering dijumpai. Garis putih yang biasanya muncul di beberapa kuku jari ini disebabkan oleh trauma atau cedera pada kuku. Leukonychia kebiasanya akan hilang dengan sendirinya seiring dengan pertumbuhan atau regenerasi kuku.
3. Kuku Kasar dan Bergerigi
Jika anda memiliki kuku dengan gerigi di permukaannya, ini boleh menjadi tanda psoriasis atau radang sendi. Warna kuku kemungkinan besar akan tetap sama, namun kulit di bawah kuku mungkin sedikit berubah warna.
Kuku jari manusia dibuat dari sel kulit hidup pada bagian jari itu sendiri. Oleh sebab itu, keadaan kesihatan kulit seseorang berpengaruh langsung melalui keadaan kukunya.
Radang atau iritasi kulit seperti eksim dapat menyebabkan permukaan kuku tidak rata, muncul garis-garis tertentu sehingga permukaannya menjadi kasar dan nampak bergerigi. Kuku kasar dan bergerigi adalah mustahil menjadi petanda kekurangan mineral dan zat besi serta tanda alami dari penuaan.
Hal ini juga indikasi daripada gangguan kesihatan tubuh.
4. Kuku Kuning
Ada yang mengatakan, kuku kuning terjadi kerana faktor keturunan atau genetik. Pemicu terjadinya kuku kuning juga disebabkan masalah pada sistem limfatik dan sindrom limfedema. Selain itu, sindrom kuku kuning juga berkembang dengan sendirinya atau akibat dari adanya beberapa keadaan tertentu seperti kanser, imun-defisiensi, dan penyakit autoimun serta rheumatoid arthritis.
Antara keadaan penyakit lain yang boleh menyebabkan kuku kuning:
- (Diabetes) Mereka yang mengidap diabetes mengalami kuku kuning. Tubuhnya tidak mampu memproduksi hormon insulin dalam jumlah yang cukup akibatnya asupan gula tidak terpecah dengan sempurna. Itulah sebabnya kadar gula pengidap diabetes selalu tinggi. Ia juga memberi dampak pada produksi kolagen yang merupakan jenis protein diperlukan untuk membentuk kuku. Apabila produksi kolagen berkurang maka kuku mudah patah, kering dan berwarna kekuningan.
- (Psoriasis) Kuku kuning menjadi indikasi gejala psoriasis iaitu kelainan kulit kronis yang sering muncul dan hilang.
- (Penyakit Paru-Paru) Kuku kuning biasanya dialami oleh mereka yang mengidap penyakit paru, seperti bronkiektasis dan tuberkulosis.
- (Penyakit Hati) Penyakit hati menyebabkan seseorang mengalami penyakit kuning (jaundice) bermula dari kulit, bola mata, sehingga kuku menjadi warna kuning.
- (Gangguan Tiroid) Sindrom kuku kuning akibat terdapat gangguan tiroid.
Gejala sindrom kuku kuning atau sindrom kuku kuning mempunyai tanda dari kuku yang beransur-ansur menjadi kuning dan menebal. Namun, ada juga beberapa gejala umum lainnya seperti
kutikul (bahagian dari kulit pelindung yang menutupi kuku) tercabut, kuku melengkung, kuku tercabut, kehilangan kuku dan pertumbuhan kuku sangat lambat atau tidak tumbuh sama sekali.
5. Kuku Retak
Kuku yang retak adalah tanda bahawa di dalam tubuh anda telah dijangkiti kulat dan boleh juga menjadi gejala awal penyakit tiroid.
Kuku yang kering dan rapuh yang menjadi petanda dari Hipotiroidisme, iaitu perubahan dan kelainan pada kelenjar tiroid yang mengakibatkan sejumlah hormon yang diperlukan dalam proses metabolisme tidak dihasilkan dengan baik..
Bagi anda yang mengalami kuku kering dan rapuh, disyorkan untuk sentiasa mengamalkan makanan yang mengandungi asam amino seperti alpukat dan kentang. Selain itu, anda juga boleh minum jus cranberry tetapi sebelum itu pastikan tidak ada menambah sebarang gula.
6. Garis Gelap pada Kuku
Kuku dengan garis gelap menjadi tanda bahawa anda menderita Melanoma, iaitu suatu bentuk dari kanker kulit. Sebaiknya, ketika mengalami kuku dalam keadaan ini, diminta untuk segera berjumpa dengan pakar.
7. Kuku yang Pucat
Anemia dan masalah hati dapat diketahui pada warna kuku yang terlampau pucat. Warna kuku pucat juga menunjukkan seseorang mengalami gizi kurang, penyakit jantung gagal, dan penyakit hati. Tubuh mereka yang mengalami kuku pucat menghidap masalah pengaliran darah dan oksigen. Ini amat berisiko kerana boleh menjadi tanda penyakit serius seperti penyakit paru-paru dan jantung.
8. Bengkak di sekitar Kuku
Jika kulit di bawah kuku lebih bengkak pada daerah di sekitarnya, ini adalah salah satu tanda anda mengalami sejenis penyakit infeksi. Secara umumya, kuku yang sihat cenderung berwarna merah jambu dan terlihat sihat, Jika kamu mengalami masalah kuku di atas, segera mendapatkan khidmat dari pakar.
**Bahayakan kalau kuku anda menjadi seperti masalah kuku di atas. Oleh sebab itu penting untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat setiap masa. Jadikan menjaga kebersihan diri dan persekitaran sesuatu perkara yang rutin. Kuku yang sihat, bersinar dan kuat bukan sahaja melambangkan kesihatan diri secara menyeluruh, tetapi juga melambangkan kebersihan, tidak kira lelaki atau perempuan**
Untuk sebarang pertanyaan mengenai manicure, pedicure di SCHADA BEAUTY & SPA sila hubungi 0198196019
Untuk sebarang pertanyaan mengenai manicure, pedicure di SCHADA BEAUTY & SPA sila hubungi 0198196019
Untuk sebarang pertanyaan mengenai manicure, pedicure di SCHADA BEAUTY & SPA sila hubungi 0198196019
No comments:
Post a Comment