Bekas jerawat yang dalam dan ‘berkawah’ amat mempengaruhi
kecantikan wajah dan keterampilan seseorang, baik wanita mahupun lelaki. Ia
menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang. Jerawat yang
mengakibatkan masalah ini biasanya lebih besar, dalam dan lambat sembuh. Bagi
wanita, bekas jerawat berkawah akan membuat solekan menjadi tidak rata malah menyukarkan
mereka merias wajah/bersolek. Berikut adalah cara untuk menghilangkan parut
jerawat, antaranya;
i.
- MELAKUKAN RAWATAN DERMAPEN
Dermapen merupakan rawatan jarum mikro untuk
peremajaan kulit serta mengembalikan penampilan kulit sihat remaja dengan kesan
sampingan yang minimum. Ia memberi hasil yang sama seperti dermabrasion, laser
dan pengelupasan kulit secara kimia, tetapi kurang invasif dan tidak
membabitkan pemusnahan lapisan epidermis (lapisan kulit paling atas). Dermapen
adalah rawatan yang menggunakan jarum untuk membuat tusukan kecil pada wajah
pesakit. Tusukan kecil ini akan menggalakkan pertumbuhan penghasilan kolagen
dan elastin. Hasilnya lebih cepat dan berkekalan. Rawatan dermapen sangat
mendapat sambutan dari orang ramai kerana terbukti berkesan jika dilakukan secara
berterusan.
-
LIDAH
BUAYA/ALOE VERA
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi
yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Aloe
Vera juga bersifat lembut dan mempunyai cooling effect.
-
TIMUN
Timun mengandungi kadar air yang sangat
tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium, semua yang terbaik
untuk kulit anda. Hiris timun segar, dan letakkan pada kulit muka yang
berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap
hari sehingga parut hilang.
iv.
MADU
LEBAH ASLI
Ambil sedikit sahaja madu lebah asli, cukup-cukup
untuk urutkan kulit muka. Jangan terlalu banyak kerana madu asli ini bersifat panas.
Lumur dan urut muka, biarkan beberapa minit dan lap dengan tuala basah yang
suam.
No comments:
Post a Comment