Tekstur yang
lembut, segar, berseri dan licin adalah ciri-ciri kulit wajah normal. Biasanya,
kulit jenis ini tidak memiliki pori-pori yang terlihat jelas, bintik merah,
whitehead blackhead, jerawat, atau masalah kulit yang lain. Permukaan kulitnya
pun tidak terlalu berminyak atau kering kerana peredaran darahnya yang lancar.
Air dan minyak yang terkandung di dalam wajah kulit normal cenderung seimbang.
Masker yang boleh
digunakan adalah masker yang berfungsi antioksidan.. Antara masker boleh
digunakan adalah masker yang mengandungi emas, bahan semulajadi seperti tomato,
madu di mana ia terkandung antioksidan serta vitamin c yang baik. Bahan-bahan
tersebut mampu memberikan kesegaran, mencerahkan serta memberikan kelembutan
pada struktur kulit.
2. KULIT KERING DAN KUSAM
Bagi yang mempunyaii masalah kulit yang kering dan itu semua berpunca dari tahap pengeluaran minyak dan sebum sehingga tahap kelembapan semakin terhakis. Di samping itu, kulit jenis ini akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Kadangkala anda mungkin dapat rasakan kulit anda rasa mengetat semasa ditarik dan terasa gatal serts seakan-akan bersisik.
Anda disarankan
untuk memilih masker muka yang boleh menghidrat dan melembapkan kulit secara
semulajadi. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur seperti
tomato, pisang, timun dan avocado bagi memberikan kelembapan serta
menghidratkan kulit. Campurkan masker dengan madu dan putih telur kerana bahan
ini sesuai digunakan bagi masalah kulit kering dan mampu memberikan kelembutan
pada kulit serta mengecilkan liang-liang roma yang terbuka.
Masalah kulit
yang berminyak berpunca dari pengeluaran minyak secara berlebihan pada bahagian
dahi, hidung dan juga dagu. Bukan itu saja, bahagian zon T dan tulang pipi juga
cenderung mengalami minyak. Sebaiknya anda memilih masker wajah yang boleh
menstabilkan minyak yang berlebihan pada muka anda.
Memilih
masker muka yang mengandungi sebum, vutamin C, masker tanah liat, membersih
secara mendalam danmenyerap minyak. Kebaikan masker muka seperti ini mampu
mengurangkan kadar minyak dan pada masa yang sama memperkecilkan liang pori.
Kulit kombinasi
adalah kombinasi antara kulit kering dan berminyak. Ada dua kemungkinan
kombinasi pada kulit jenis ini, Iaitu kombinasi kering (kering pada pipi,
normal ke berminyak pada T-zone) atau kombinasi berminyak (berminyak pada
T-zone, kering ke normal pada pipi). Pori-pori yang terbuka pada hidung juga
menjadi salah satu ciri jenis kulit kombinasi.
Tips untuk
menjaga kulit kombinasi tetap sihat adalah anda boleh memakai masker yang
menyerap minyak terutama pada bahagian T-zone dan memakai krim pelembap untuk bahagian
zon wajah yang kering atau normal. Pelembap wajah berfungsi mencegah iritasi
dan kekeringan. Setelah meletakkan pelembap ringan untuk zon kulit kering, perlindungan
terhadap sinar matahari juga penting juga. Jangan lupa untuk memakai tabir
surya (sunscreen) 10 menit sebelum melakukan aktiviti di luar rumah untuk
membantu mengawal kulit wajah yang kering dan berminyak
Kecantikan dan penjagaan kulit muka amat
diutamakan terutama oleh golongan wanita. Penjagaan kulit yang dengan langkah,
teknik dan penggunaan bahan yang bersesuaian mempengaruhi kulit muka seseorang.
Jika tidak menggunakan penjagaan kulit wajah yang betul akan mengakibatkan
masalah-masalah seperti kulit menjadi sangat kering dan kusam, kulit berjerawat
kronik serta kulit menjadi sensitif. Selain daripada penjagaan wajah daripada
segi penggunaan pencuci muka dan krim wajah.. masker juga amat membantu dalam
pembaikkan kulit wajah..
Untuk
keterangan lanjut tentang rawatan wajah di Schada Beauty & Spa, sila
whatsapp 0198196019
Untuk
keterangan lanjut tentang rawatan wajah di Schada Beauty & Spa, sila
whatsapp 0198196019
Untuk
keterangan lanjut tentang rawatan wajah di Schada Beauty & Spa, sila
whatsapp 0198196019
No comments:
Post a Comment