Sunday, November 10, 2019

Penyebab Jerawat Batu tumbuh di muka


PENYEBAB JERAWAT BATU MUNCUL PADA KULIT ANDA


1. Faktor Genetik

Jerawat batu biasanya adalah faktor genetik. Adakah ibu bapa anda memiliki jenis wajah berminyak dan sering mengalami jerawat batu? Jika ada, jerawat batu yang di alami itu boleh terjadi disebabkan disebabkan masalah genetik.


Jerawat batu memang lebih mudah tumbuh di kulit yang berminyak. Oleh kerana itu, jika kamu memiliki kulit yang berminyak, maka kamu pasti akan terkena jerawat batu. Faktor genetik ini boleh menjadi pemicu utama jerawat batu, sebaiknya anda hendaklah selalu rajin membersihkan wajah agar terhindar dari kotoran dan minyak.

2. Kosmetik

Jerawat batu juga boleh terjadi pada kulit kerana penggunaan kosmetik. Penggunaan kosmetik sememangnya untuk meningkatkan rasa lebih yakin dan menjadikan kamu nampak lebih cantik. Akan tetapi, perlu juga diperhatikan bahawa beberapa bahan-bahan yang terkandung di dalam kosmetik boleh menyebabkan timbulnya jerawat termasuklah jerawat batu. Lebih buruk lagi jika anda memiliki kulit sensiti. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai boleh memburukkan keadaan kulit anda.Makeup oil-base atau mengandungi minyak yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan munculnya jerawat batu.


Kurang bersih membersihkan solekan membuat pori-pori tersumbat dan juga penyebab jerawat batu muncul. Hal ini biasanya disebabkan kerana proses membersihkan wajah yang kurang betul. Apatah lagi jika anda selalu menggunakan makeup tebal, proses membersihkan sisa solekan yang kurang sempurna menjadikan pori-pori tersumbat dan mengumpul pertumbuhan bakteri sehingga menyebabkan peradangan di bawah kulit. Oleh kerana itu, sebaiknya anda lebih teliti ketika membersihkan solekan. Pastikan wajah bersih daripada sisa kotoran seperti habuk terutamanya. Rajinkan diri untuk selalu melakukan teknik double- cleansing ketika membersihkan solekan. Pertama gunakan pembersih yang mengandung minyak untuk meluruhkan makeup yang waterproof. Setelah itu, cuci wajah menggunakan sabun pembersih agar lebih bersih secara mendalam.

3. Faktor Hormon

Penyebab jerawat batu berikutnya adalah faktor hormon. Ketika anda mengalami fasa (puberty) atau kematangan merupakan waktu penghasilan hormon penyebab jerawat, iaitu hormon androgen dan ia akan meningkat. Hal ini akan menyebabkan kulitmu memproduksi sebum yang lebih banyak daripada biasanya dan  jerawat batu akan muncul.


Penyebab jerawat batu selain masa kematangan pula pada saat wanita mengalami fasa akhil baligh atau menstrual juga dapat meningkatan tahap peningkatan pada hormon androgen dan hormon estrogen, sehingga pengeluaran sebum juga meningkat. Mengamalkan pengambilan pil tertentu, tempoh kehamilan, stress dan peningkatan berat badan juga menjadi punca produksi minyak yang berlebihan kerana hormon yang tidak stabil. Oleh kerana itu, usahakan untuk mengawal tingkat stress dan tekanan anda dengan mengatur pola tidur yang cukup. Penelitian menunjukkan bahawa setiap orang dewasa perlulah tidur sekitar tujuh sampai lapan jam per hari. Jika bekerja, anda mungkin lebih memerlukan banyak waktu untuk tidur supaya tidak mudah stress dan keletihan. Semua perubahan hormon yang berkaitan tersebut adalah penyebab munculnya jerawat batu.

4. Jarang Melakukan Eksfoliate

Setiap hari wajah terkena habuk dan debu mengakibatkan sebum yang berlebihan serta sisa solekan yang tidak akan hilang sepenuhnya dengan hanya mencuci wajah. Anda hendaklah melakukan eksfoliate untuk membersihkan whitehead dan blackhead yang menyumbat pori kulit. Jika anda tidak mengamalkan sebagai rutin pembersihan kulit wajah dengan melakukan eksfoliasi maka akan terjadi penumpukan sel kulit mati.


Ini kerana sel kulit mati yang menumpuk dapat membuat pori-pori tersumbat dan berpotensi menjadi penyebab jerawat. Gunakan face scrub untuk membersihkan sel kulit mati. Lakukan eksfoliate untuk membersihkan sel kulit mati sekurang-kurangnya dua sampai tiga kali dalam seminggu.

5. Pertumbuhan Sel Kulit Yang Abnormal


Penyebab jerawat batu juga berlaku ketika pertumbuhan sel kulit yang abnormal atau tidak normal. Penyebab jerawat batu ini disebabkan pertumbuhan sel kulit yang tidak normal ketika proses regenerasi  atau pembaharuan sel. Ketika sel-sel kulit mati ini tidak diperbaharui dengan cepat, ia menyebabkan sel kulit mati ini akan terkumpul dalam folikel rambut yang juga bercampur dengan bakteri

6. Gaya Hidup Tidak Sehat

Amalan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyebab jerawat batu. Gaya hidup yang tidak sihat penyebab timbulnya jerawat batu daripada pelbagai kegiatan seperti merokok, minum-minuman beralkohol, selalu makan makanan  yang menyebabkan jerawat, kurang minum air putih dan kurangnya waktu beristirahat. Merokok dapat menyekat pembuluh di kulit dan akan merosakkan sel-sel kulit. Jika sel kulit kamu rosak, maka hal ini boleh mengakibatkan penumpukan sel kulit mati yang menyumbat pori-pori dan akan menimbulkan jerawat batu.


Makanan yang pedas, berminyak, makanan segera (junk food) dan makanan bersantan juga dapat membuat kulit memproduksi sebum lebih banyak daripada dan juga menimbulkan jerawat batu. Selain itu, kurang istirahat juga akan menghambat regenerasi sel pada kulit anda sehingga boleh memburukkan keadaan kulit. Selain itu, kebiasaan buruk seperti mengusap atau memegang wajah dengan tangan kotor dan kerap juga adalah penyebab jerawat batu timbul.

Deretan kebiasaan buruk tersebut akan mengubah zat dalam tubuh badan dan berlaku proses inflamasi yang kemudiannya memberi reaksi pada kulit wajah. Untuk itu sebaiknya kurangkan mengamalkan minuman dan makanan yang berpotensi menimbulkan jerawat batu. Mulakan mengubah gaya hidup anda menjadi lebih sihat dan lakukan olahraga secara rutin agar metabolisma tubuh semakin baik.

No comments:

Post a Comment

Tebus rawatan kuku (manicure express ) secara PERCUMA

TEBUS RAWATAN MANICURE EXPRESS PERCUMA   Sila whatsapp maklumat diri anda  +6019- 8196019 untuk menebus rawatan manicure express secara...