Sunday, November 24, 2019

MANDIAN DI SCHADA BEAUTY &SPA

Mandian di SCHADA BEAUTY & SPA

Kami ada menyediakan rawatan mandian istimewa seperti berikut...

1. Mandian BUNGA AURA


Kebiasaanya amalan mandi bunga sering dilakukan untuk membuang bala, menaikkann semangat serta mempercepatkan jodoh. Mungkin atas alasan ini maka ada yang mempraktikkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk mendapatkan jodoh.

Namun mengikut saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan khasiat yang terdapat dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Kita boleh sahaja mandi dengan niat untuk mendapat manfaat kesihatan daripada unsur-unsur kebaikan yang ada pada bunga

Bunga Segar sebagai bahan utama mandian bunga SCHADA BEAUTY & SPA
Penyediaan Mandian Bunga SCHADA BEAUTY & SPA
Mandian Bunga SCHADA EBEAUTY & SPA

2. Mandian SUSU

Susu memang terkenal kerana manfaatnya untuk menguatkan tulang, tetapi tahukah anda bahawa ia juga bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit? Amalan mandi susu ini telah diamalkan sejak berkurun lama dahulu untuk merawat kulit. Malah ia juga merupakan cara yang cepat dan mudah untuk melembap serta melembutkan kulit. 

Terdapat juga manfaat mandian susu yang lain seperti...

Proses pengelupasan kulit....

Proses pengelupasan kulit tidak selalu perlu menyakitkan. Penggunaan susu akan menjadikan proses pengelupasan lebih mudah. Susu mengandungi asid laktik dan protein yang membantu menjana semula sel-sel kulit. Jika anda kerap mandi susu, kulit anda akan sentiasa berasa lembap dan lebih cerah.

Mengekalkan keanjalan kulit....

Untuk mengekalkan keanjalan kulit, anda perlu mendapatkan vitamin A yang mencukupi. Selain memakan makanan yang mengandungi vitamin A, mandi susu juga mampu membekalkan vitamin A yang mencukupi untuk kulit. Hasilnya nanti anda akan mendapati kulit menjadi lebih tegang.

HIASAN bunga segar pada mandian susu SCHADA BEAUTY & SPA

Mandian susu yang melembut dan menghaluskan kulit


3. Mandian Herba



Apa itu mandian herba?Salah satu komponen amalan berpantang tradisional Melayu ialah mandian herba, iaitu mandian air rebusan herba, akar-akar kayu dan rempah. Secara tradisinya, mandian herba ini boleh digunakan bagi wanita belum berkahwin dan dipercayai sangat baik bagi wanita selepas melahirkan anak (bersalin).


Antara kebaikan MANDIAN HERBA seperti....

♡ Mengembalikan tenaga

♡ Mengeluarkan angin

♡ Menghapuskan bau dan rembesan lain

♡ Merawat urat-urat yang sengal.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai mandian di SCHADA Beauty & SPA sila hubungi 0198196019



Untuk sebarang pertanyaan mengenai mandian di SCHADA Beauty & SPA sila hubungi 0198196019



Untuk sebarang pertanyaan mengenai mandian di SCHADA Beauty & SPA sila hubungi 0198196019



No comments:

Post a Comment

Tebus rawatan kuku (manicure express ) secara PERCUMA

TEBUS RAWATAN MANICURE EXPRESS PERCUMA   Sila whatsapp maklumat diri anda  +6019- 8196019 untuk menebus rawatan manicure express secara...