BERTANGAS
Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea dipanggil ‘chai yok’. Walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun teknik dan caranya adalah hampir sama iaitu dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.
Amalan bertangas masih menjadi pilihan sebahagian wanita walaupun pada masa kini terdapat pelbagai rawatan kecantikan moden yang ditawarkan untuk golongan hawa. Sebenarnya, amalan bertangas mempunyai fungsinya yang sama dengan sauna atau mandi wap yang terdapat di spa. Bertangas yang pada kebiasaannya dilakukan selepas bersalin dan haid itu tidak terhad untuk kaum wanita sahaja. Malah, kaum lelaki boleh mencuba rawatan itu untuk proses pembakaran lemak selain membantu mengeluarkan peluh dan mewangikan badan.
Jika dahulu rawatan bertangas dilakukan secara duduk di atas ramuan rebusan herba, kini rawatan itu diperbaharui dengan kain disediakan untuk menyelubungi tubuh sambil duduk di bawah rebusan herba.
KHASIAT
Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan seawal 2 kali rawatan.
Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.
Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.
BERTANGAS di SCHADA Beauty & SPA |
Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu. Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
Bertangas | juga merupakan satu amalan dan rawatan tradisional selepas bersalin, ianya bagus jika diamalkan selepas datang haid. Amalan bertangas ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin atau wanita berkahwin sahaja, anak-anak dara atau bakal pengantin juga digalakkan mengamalkannya.
Fungsi Bertangas;
1- Mengembalikan kelembapan kewanitaan bagi wanita pra-menopause.
2- Mengelakkan keputihan, kelonggaran, rahim jatuh/tombong.
3- Mengecutkan rahim.
4- Melancarkan perjalanan darah di area miss V.
5- Menegangkan kulit dan otot-otot Miss V terutama selepas melahirkan anak..
6- Menyegarkan dan mewangi miss V.
7- Menghilangkan kegatalan di kawasan miss V.
8- Mengatasi lesu-lesu badan.
9- Membantu mengurangkan berat badan
ANTARA KELEBIHAN LAIN BAGI WANITA YANG MENGAMALKAN TANGAS....
Bertangas yang selalunya dilakukan dalam tempoh 20 hingga 30 minit itu sebenarnya akan berfungsi seperti sauna. Asap yang dihasilkan air didihan herba itu bertindak mengeluarkan peluh menyebabkan toksin keluar daripada tubuh.
Bagi mereka yang lakukan kaedah bertangas selepas darah nifas kering atau selepas berpantang pula, ternyata ia mampu membantu proses penyembuhan serta mengecutkan kembali rahim serta mengetatkan faraj.
1. Mengurangkan masalah #bau pada bahagian intim.
2. Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental.
3. Mengeluarkan sisa darah haid.
4. Mengencangkan otot vagina.
5. Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak.
6. Mewangikan badan.
7. Mengurangkan masalah senggugut.
8. Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur.
9. Melembabkan kulit sekitar kawasan faraj yang mungkin kering dan gatal selepas haid.
Ingat, kita yang perempuan ni perlu jaga badan sejak muda. Bukan hanya perlu nampak cantik di luar tapi dalamannya dibiarkan membusuk tidak berjaga.
Amalan bertangas adalah amalan tradisional yang sesuai diamalkan seawal anak gadis hinggalah kepada wanita berumur.
BAGI wanita yang rajin mengunjungi pusat rawatan kecantikan dan spa pastinya tidak meninggalkan rawatan bertangas dalam pakej
Untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan bertangas SCHADA BEAUTY & SPA hubungi 0198196019
Untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan bertangas SCHADA BEAUTY & SPA hubungi 0198196019
Untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan bertangas SCHADA BEAUTY & SPA hubungi 0198196019
No comments:
Post a Comment