Post
Natal Treatment
RAWATAN SELEPAS BERSALIN
|
Khas
untuk orang - orang JB Dan sekitarnya, Schada Beauty & Spa akan menawarkan
pakej Hebat selama 3 hari kepada wanita selepas bersalin.
Pakej
seumpama ini jarang- jarang di tawarkan di Spa- Spa sekitar Johor Bahru kerana
ia Akan di tawarkan selama 3 hari kepada wanita yang ingin mendapatkan rawatan
selepas bersalin.
Rawatan
yang di sediakan di dalam pakej ini adalah rawatan urutan selepas bersalin,
bertungku, urutan aromaterapi untuk Leher dan bahu , Aromaterapi eye pillow
treatment, sauna herba, totok wajah, scrub badan , masker badan, mandi herba
Dan makanan kesihatan.
Kami
akan berkongsi kebaikan dan kepentingan sebagai seorang yang bergelar ibu
selepas bersalin atau bakal bergelar ibu, mereka sepatutnya merasa bertuah
kerana berpeluang merasai pengalaman berpantang. Walaupun ada
sesetengah yang beranggapan berpantang itu pengalaman yang agak berat
dilalui, tetapi ia sebenarnya satu proses yang sangat bermanfaat dan banyak
kebaikan.
Berpantang
merupakan satu fasa pemulihan atau proses rawatan untuk ibu selepas bersalin
bagi memulihkan tenaga luaran dan dalaman, dan memastikan agar ibu kembali
sihat dalam jangka masa yang panjang.
Semasa proses bersalin, tenaga ibu banyak digunakan sehingga ibu
mengalami keletihan dan sakit-sakit badan. Oleh itu, bagi memastikan keadaan
ibu kembali pulih, mereka harus berpantang sekurang-kurangnya selama 44 hari
selepas bersalin. Antara rutin
berpantang ialah bertungku, berbengkung, berurut, mandi ramuan herba, berpilis,
berparam, dan bertangas.
Dalam
adat masyarakat Melayu, berpantang merupakan satu kemestian untuk ibu-ibu
selepas bersalin. Banyak manfaat dan
kebaikan yang diperoleh sepanjang tempoh berpantang. Jika tidak berpantang, badan akan mudah
mengalami kesakitan yang melibatkan bahagian peranakan, urat sendi dan
sebagainya. Kaum lain seperti Cina dan
India juga mengamalkan proses berpantang tetapi berbeza mengikut adat dan
budaya. Pendek kata, masyarakat memang
mementingkan proses berpantang, bermula sejak zaman dahulu hinggalah zaman moden.
Kami
menyediakan rawatan post natal bagi ibu-ibu bersalin, Sedikit perkongsian
tentang kelebihan rawatan post natal yang kami tawarkan adalah seperti berikut..
1. BERTUNGKU
1. BERTUNGKU
Terutama pada ibu-ibu selepas bersalin. Pertama sekali
Bertungku dapat melancarkan perjalanan darah untuk mengeluarkan darah kotor. Banyak darah yang masih
lagi tersimpan di dalam badan ibu yang bersalin. Maka dengan rawatan bertungku
dapat melancarkan dan mempercepatkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu
menghilangkan kesakitan otot, urat dan membuang angin. Banyak
angin terkumpul dalam badan, yang membuatkan ibu-ibu selepas bersalin rasa
tidak selesa. Haba daripada tungku sebenarnya bagus untuk memanaskan
badan ibu selepas bersalin dan melegakan kesakitan badan
2. URUTAN AROMATERAPI
2. URUTAN AROMATERAPI
Merupakan urutan terbaik untuk merehatkan minda, badan,
melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan. Urutan ini
melegakan kesakitan dan memperbaiki kualiti tidur dengan berkesan. Rawatan ini
menggunakan gabungan bahan aromaterapi yang dirumus khas untuk menenangkan
dan merehatkan minda. Ia juga dapat mengelakkan buasir Lebih baik kita
elakkan dengan mengamalkan aktiviti bertungku selepas bersalin. Memecahkan
lemak badan tidaklah boleh menjadikan kurus tetapi ia menbantu dalam proses
untuk mengurangkan berat badan ketika mengandung. Membaik pulih sistem urat
saraf selepas bersalin, banyak urat saraf akan putus. Apa yang penting,
amalan tungku selepas bersalin dalam membaiki urat-urat ibu.
3. SAUNA BERHERBA
Bertujuan menyegarkan badan yang lemah selepas proses bersalin, memulihkan kembali sakit-sakit otot dan buang angin dalam urat. Sangat dialu-alukan bukan sahaja untuk ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin, tetapi juga bagus untuk wanita yang sering sakit pinggang dan belakang
4. TOTOK WAJAH
Adalah
untuk mengaktifkan titik-titik aura pada
wajah, sehingga wajah akan terlihat lebih cerah, anjal, serta awet muda. Rawatan
ini juga mencegah tanda penuaan. Stres
yang dialami sehari-hari sering kali mengakibatkan ketegangan pada otot yang
menimbulkan garis-garis penuaan pada dahi, kening dan sekitar garis senyum
bibir. Keadaan ini merupakan tanda penuaan awal. Rawatan totok wajah dapat merangsang
aliran darah, sehingga menjadikan kulit
nampak lebih segar dan bersinar, sehingga anda akan terlihat lebih muda.
Kesan daripada urutan pada wajah melancarkan peredaran darah di bawah kulit, mengekalkan
keanjalan kulit, serta memberikan
efek relaksasi ke seluruh tubuh
5. SCRUB
MUKA DAN BADAN
Dapat
menanggalkan sel kulit mati.
Kebaikan apabila kita mendapatkan rawatan scrubb dapat menanggalkan sel kulit
mati yang ada pada muka dan badan. Scrubbing juga melembabkan kulit ketika sel-sel kulit mati tadi ditanggalkan Dalam
proses menanggalkan sel-sel kulit mati tadi, bahan yang mengandungi pelembab yang
terdapat dalam scrub muka automatik akan bertindak untuk melembabkan kulit muka
anda. Apabila sel kulit mati telah tiada, muka yang kusam akan kelihatan lebih
cerah, licin dan berseri kembali. Kotoran yang ada diwajah dapat dibersihkan
jika memakai scrub secara konsisten.
6. MANDI
HERBA
Selepas
bersalin penting bagi menjaga kebersihan badan. Ia dapat menghilangkan kuman
pada badan yang berpeluh, terutamanya untuk ibu yang menyussukan anak yang baru
lahir. Diawal tempoh berpantang ibu-ibu disarankan mengelap badan bagi menjaga
kebersihan. Selain daripada itu ia dapat memanaskan badan, mengurangkan bau
badan dan menyegarkan badan ibu
bersalin Mandian herba ini turut berfungsi sebagai aromaterapi. Ia mampu memberi ketenangan dan kesegaran kepada
ibu selepas bersalin, yang semestinya masih dalam keadaan lemah dan lesu kerana
telah banyak tenaga yang dikeluarkan semasa proses kelahiran. Secara tidak
langsung ia menjadi agen anti stress buat ibu-ibu yang merasa tertekan akibat
kurang tidur kerana menjaga bayi.Mengelak dan membuang angin di dalam badan. Dalam keadaan berpantang ini,
ibu-ibu berpotensi mengalami gangguan tekanan emosi yang hebat. Salah satu
punca adalah angin yang tidak berjaya dikeluarkan daripada badan mereka
Penggunaan daun dan herba yang terpilih sebagai ramuan mandian herba ini mampu membuang angin-angin yang boleh mengganggu emosi ibu bersalin. Dengan rawatan mandian herba dapat melancarkan pengaliran darah dan melancarkan susu ibu. Amalan mandi air rebusan herba ini dilakukan selepas proses berurut dan bertuam seluruh badan. Secara tidak langsung amalan ini merupakan penutup kepada proses untuk melancarkan pengaliran darah ibu-ibu berpantang melalui resapan air ke setiap liang roma. Apabila darah lancar serta ibu pun memperolehi kesegaran daripada mandian itu tadi, jadi hormon akan meningkat dan sekaligus susu ibu akan keluar dengan lancar.Mengatasi bau badan sesetengah ibu hamil mengalami bau badan yang agak kurang menyenangkan akibat perubahan hormon. Kadang-kadang ia akan berpanjangan selepas kelahiran disebabkan halangan pemasangan kipas atau penyaman udara ketika proses berpantang.
Mandian herba mampu memberikan elemen kewangian dan kesegaran daripada bauan semulajadi daripada herba yang terpilih.Meringankan ketegangan urat saraf dan otot badan. Sememamgnya otot-otot dan urat-urat dalam tubuh badan ibu-ibu mengalami keregangan dan ia harus dipulihkan sepanjang tempoh berpantang itu. Jadi, dengan mengamalkan mandian herba ini, ia mampu mengembalikan tenaga ibu-ibu dan meringankan sedikit keregangan urat yang dialami.
7. MAKANAN KESIHATAN
Merupakan salah satu aspek yang harus diambil kira. Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin. Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Walaubagaimanapun, para ibu haruslah mendapatkan khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Untuk
sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa, sila whatsapp 0198196019
Untuk
sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa,
sila whatsapp 0198196019
Untuk
sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa,
sila whatsapp 0198196019
No comments:
Post a Comment