Monday, August 26, 2019

Post Natal Treatment di Schada Beauty & Spa JB

Post Natal Treatment




RAWATAN SELEPAS BERSALIN


Khas untuk orang - orang JB Dan sekitarnya, Schada Beauty & Spa akan menawarkan pakej Hebat selama 3 hari kepada wanita selepas bersalin.

Pakej seumpama ini jarang- jarang di tawarkan di Spa- Spa sekitar Johor Bahru kerana ia Akan di tawarkan selama 3 hari kepada wanita yang ingin mendapatkan rawatan selepas bersalin.

Rawatan yang di sediakan di dalam pakej ini adalah rawatan urutan selepas bersalin, bertungku, urutan aromaterapi untuk Leher dan bahu , Aromaterapi eye pillow treatment, sauna herba, totok wajah, scrub badan , masker badan, mandi herba Dan makanan kesihatan.


Kami akan berkongsi kebaikan dan kepentingan sebagai seorang yang bergelar ibu selepas bersalin atau bakal bergelar ibu, mereka sepatutnya merasa bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman berpantang.  Walaupun ada  sesetengah yang beranggapan berpantang itu pengalaman yang agak berat dilalui, tetapi ia sebenarnya satu proses yang sangat bermanfaat dan banyak kebaikan.

Berpantang merupakan satu fasa pemulihan atau proses rawatan untuk ibu selepas bersalin bagi memulihkan tenaga luaran dan dalaman, dan memastikan agar ibu kembali sihat dalam jangka masa yang panjang.  Semasa proses bersalin, tenaga ibu banyak digunakan sehingga ibu mengalami keletihan dan sakit-sakit badan. Oleh itu, bagi memastikan keadaan ibu kembali pulih, mereka harus berpantang sekurang-kurangnya selama 44 hari selepas bersalin.  Antara rutin berpantang ialah bertungku, berbengkung, berurut, mandi ramuan herba, berpilis, berparam, dan bertangas.
Dalam adat masyarakat Melayu, berpantang merupakan satu kemestian untuk ibu-ibu selepas bersalin.  Banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh sepanjang tempoh berpantang.  Jika tidak berpantang, badan akan mudah mengalami kesakitan yang melibatkan bahagian peranakan, urat sendi dan sebagainya.  Kaum lain seperti Cina dan India juga mengamalkan proses berpantang tetapi berbeza mengikut adat dan budaya.  Pendek kata, masyarakat memang mementingkan proses berpantang, bermula sejak zaman dahulu hinggalah zaman moden.
Kami menyediakan rawatan post natal bagi ibu-ibu bersalin, Sedikit perkongsian tentang kelebihan rawatan post natal yang kami tawarkan adalah seperti berikut.. 

     1. BERTUNGKU
Terutama pada ibu-ibu selepas bersalin. Pertama sekali Bertungku dapat melancarkan perjalanan darah untuk mengeluarkan darah kotor. Banyak darah yang masih lagi tersimpan di dalam badan ibu yang bersalin. Maka dengan rawatan bertungku dapat melancarkan dan mempercepatkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu menghilangkan kesakitan otot, urat dan membuang angin. Banyak angin terkumpul dalam badan, yang membuatkan ibu-ibu selepas bersalin rasa tidak selesa. Haba daripada tungku sebenarnya bagus untuk memanaskan badan ibu selepas bersalin dan melegakan kesakitan badan



2. URUTAN AROMATERAPI

Merupakan urutan terbaik untuk merehatkan minda, badan, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan. Urutan ini melegakan kesakitan dan memperbaiki kualiti tidur dengan berkesan. Rawatan ini menggunakan gabungan bahan aromaterapi yang dirumus khas untuk menenangkan dan merehatkan minda. Ia  juga dapat mengelakkan buasir Lebih baik kita elakkan dengan mengamalkan aktiviti bertungku selepas bersalin. Memecahkan lemak badan tidaklah boleh menjadikan kurus tetapi ia menbantu dalam proses untuk mengurangkan berat badan ketika mengandung. Membaik pulih sistem urat saraf selepas bersalin, banyak urat saraf akan putus. Apa yang penting, amalan tungku selepas bersalin dalam membaiki urat-urat ibu. 

3. SAUNA BERHERBA 

Bertujuan menyegarkan badan yang lemah selepas proses bersalin, memulihkan kembali sakit-sakit otot dan buang angin dalam urat. Sangat dialu-alukan bukan sahaja untuk ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin, tetapi juga bagus untuk wanita yang sering sakit pinggang dan belakang 

4. TOTOK WAJAH

Adalah untuk mengaktifkan titik-titik aura pada wajah, sehingga wajah akan terlihat lebih cerah, anjal, serta awet muda. Rawatan ini juga mencegah tanda penuaan. Stres yang dialami sehari-hari sering kali mengakibatkan ketegangan pada otot yang menimbulkan garis-garis penuaan pada dahi, kening dan sekitar garis senyum bibir. Keadaan ini merupakan tanda penuaan awal. Rawatan totok wajah dapat merangsang aliran darah, sehingga menjadikan kulit nampak lebih segar dan bersinar, sehingga anda akan terlihat lebih muda. Kesan daripada urutan pada wajah melancarkan peredaran darah di bawah kulit, mengekalkan keanjalan kulit, serta  memberikan efek relaksasi ke seluruh tubuh

5. SCRUB MUKA DAN BADAN
 
Dapat menanggalkan sel kulit mati. Kebaikan apabila kita mendapatkan rawatan scrubb dapat menanggalkan sel kulit mati yang ada pada muka dan badan. Scrubbing juga melembabkan kulit ketika sel-sel kulit mati tadi ditanggalkan Dalam proses menanggalkan sel-sel kulit mati tadi, bahan yang mengandungi pelembab yang terdapat dalam scrub muka automatik akan bertindak untuk melembabkan kulit muka anda. Apabila sel kulit mati telah tiada, muka yang kusam akan kelihatan lebih cerah, licin dan berseri kembali. Kotoran yang ada diwajah dapat dibersihkan jika memakai scrub secara konsisten.


6. MANDI HERBA
Selepas bersalin penting bagi menjaga kebersihan badan. Ia dapat menghilangkan kuman pada badan yang berpeluh, terutamanya untuk ibu yang menyussukan anak yang baru lahir. Diawal tempoh berpantang ibu-ibu disarankan mengelap badan bagi menjaga kebersihan. Selain daripada itu ia dapat memanaskan badan, mengurangkan bau badan dan menyegarkan badan ibu bersalin Mandian herba ini turut berfungsi sebagai aromaterapi. Ia mampu memberi ketenangan dan kesegaran kepada ibu selepas bersalin, yang semestinya masih dalam keadaan lemah dan lesu kerana telah banyak tenaga yang dikeluarkan semasa proses kelahiran. Secara tidak langsung ia menjadi agen anti stress buat ibu-ibu yang merasa tertekan akibat kurang tidur kerana menjaga bayi.Mengelak dan membuang angin di dalam badan. Dalam keadaan berpantang ini, ibu-ibu berpotensi mengalami gangguan tekanan emosi yang hebat. Salah satu punca adalah angin yang tidak berjaya dikeluarkan daripada badan mereka


Penggunaan daun dan herba yang terpilih sebagai ramuan mandian herba ini mampu membuang angin-angin yang boleh mengganggu emosi ibu bersalin. Dengan rawatan mandian herba  dapat melancarkan pengaliran darah dan melancarkan susu ibu. Amalan mandi air rebusan herba ini dilakukan selepas proses berurut dan bertuam seluruh badan. Secara tidak langsung amalan ini merupakan penutup kepada proses untuk melancarkan pengaliran darah ibu-ibu berpantang melalui resapan air ke setiap liang roma. Apabila darah lancar serta ibu pun memperolehi kesegaran daripada mandian itu tadi, jadi hormon akan meningkat dan sekaligus susu ibu akan keluar dengan lancar.Mengatasi bau badan sesetengah ibu hamil mengalami bau badan yang agak kurang menyenangkan akibat perubahan hormon. Kadang-kadang ia akan berpanjangan selepas kelahiran disebabkan halangan pemasangan kipas atau penyaman udara ketika proses berpantang.

Mandian herba mampu memberikan elemen kewangian dan kesegaran daripada bauan semulajadi daripada herba yang terpilih.Meringankan ketegangan urat saraf dan otot badan. Sememamgnya otot-otot dan urat-urat dalam tubuh badan ibu-ibu mengalami keregangan dan ia harus dipulihkan sepanjang tempoh berpantang itu. Jadi, dengan mengamalkan mandian herba ini, ia mampu mengembalikan tenaga ibu-ibu dan meringankan sedikit keregangan urat yang dialami.

7. MAKANAN KESIHATAN 

Merupakan salah satu aspek yang harus diambil kira.  Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin.  Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh.  Walaubagaimanapun, para ibu haruslah mendapatkan khidmat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa, sila whatsapp 0198196019


Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa, sila whatsapp 0198196019

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang rawatan post natal di Schada Beauty And Spa, sila whatsapp 0198196019

Tebus rawatan kuku (manicure express ) secara PERCUMA

TEBUS RAWATAN MANICURE EXPRESS PERCUMA   Sila whatsapp maklumat diri anda  +6019- 8196019 untuk menebus rawatan manicure express secara...