Friday, June 28, 2019

CARA PENJAGAAN RAMBUT BERWARNA


Rambut yang telah diwarnakan biasanya akan lebih kering dan mudah rosak. Berikut merupakan cara cara untuk menjaga rambut yang berwarna, antaranya ;

i. MASKER RAMBUT.
Masalah biasa yang terjadi setelah rambut diwarnakan, adalah rambut menjadi kering. Oleh itu, perlu menambahkan kelembapan untuk menjadikan rambut tetap sehat dan berkilau. Pakaikan masker rambut secara rutin, misalnya seminggu sekali. Maka, rambut akan lebih sihat, lembap, dan mencegah rambut bercabang.

ii. GUNAKAN SERUM RAMBUT YANG SESUAI.
Terkadang penggunaan warna rambut dapat membuat rambut terlihat kusam dan kering. Apalagi jika sering terkena sinar matahari mahupun peralatan hairstyling, seperti curling iron atau hairdryer. Atasi dengan menggunakan serum khusus untuk rambut berwarna. Selain menjadikan rambut tetap sihat, serum rambut juga mempertahankan warna rambut agar tidak mudah pudar.

iii. KURANGKAN PENGGUNAAN ALATAN RAMBUT
Jika tidak diperlukan, kurangkan menggunakan peralatan yg panas pada rambut seperti hairdyer dan sebagainya. Ini kerana, rambut yang diwarnakan lebih cepat rosak dan terlalu kering.

iv. GUNAKAN MINYAK ZAITUN
Terkenal kerana manfaatnya yang banyak untuk mempercantikkan penampilan, minyak zaitun mengandungi nutrisi untuk menjaga kesihatan rambut. Caranya cukup mudah, usapkan minyak zaitun ke kulit kepala. Urut secara perlahan lalu biarkan 20-30 minit, cuci seperti biasa. Rambut akan jadi lebih berkilau dan lembut.



Tebus rawatan kuku (manicure express ) secara PERCUMA

TEBUS RAWATAN MANICURE EXPRESS PERCUMA   Sila whatsapp maklumat diri anda  +6019- 8196019 untuk menebus rawatan manicure express secara...